Monday, November 22, 2010

Cara Untuk Membuat Akaun Email - Gmail

Di antara langkah-langkah yang perlu di lakukan untuk membuat akaun email adalah seperti berikut:

1. Buka perisian Internet Explorer atau pun Mozilla Firefox.
2. Masukkan alamat http://www.google.com dan klik pada menu Gmail. Paparan seperti di bawah akan muncul.


3. Kemudian klik pada Create an account.
4. Masukkan yang berkaitan seperti nama, kata laluan pada ruangan kosong yang perlu di isi. Apabila selesai mengisi klik pada I accept. Create my account.


5. Akaun email anda sudah berjaya di buat. Untuk ke akaun anda klik pada Show me my account.






Selamat mencuba!!!

Perisian Antivirus

Virus komputer akan bertindak menjangkiti komputer dan mengakibatkan komputer tidak dapat beroperasi dengan betul. Tetapi ada juga virus komputer yang tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan, mungkin cuma sengaja untuk membuat sistem tidak beroperasi dengan baik.

Perisian anti virus diperlukan untuk mengurangkan risiko komputer dijangkiti. Bagaimanapun, kebanyakan pengguna tidak selalu mengemaskini (update) perisian anti virus mereka menyebabkan komputer mereka terdedah kepada jangkitan.

Antara perisian anti virus komersial termasuk Avast AntiVirus, Norton AntiVirus, Kasperky Antivirus, AVG AntiVirus dan lain-lain lagi.

Juga di ingatkan supaya scan dahulu pendrive sebelum menggunakannya!!

Tuesday, October 26, 2010

Membantu Pelajar Mencapai Keputusan Yang Cemerlang

Portal Guru.net dibangunkan dengan satu matlamat untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan. Laman web ini mengaplikasikan teknologi yang terbaik bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Melalui portal ini, pelajar boleh mencuba menjawab kertas-kertas peperiksaan seiras, membuat rujukan maya, mengulangkaji menggunakan e-nota dan mempelajari sesuatu menggunakan pembelajaran multimedia. Semuanya boleh dicapai hanya melalui satu portal.

Sila klik ke http://guru.net.my/?site=home

The Maxis Cyberkids-2 Camp

The Maxis Cyberkids-2 Camp is a 5 day residential program conducted at a pre-selected location from throughout the country. Each camp will approximately have about 56 participants. Participants will comprise of 6 students and 2 teachers from 7 selected schools.

During the camp, participants will follow a program which has been designed to cater to the camp objectives. The Maxis Cyberkids 2 Camp takes the project based learning approach. Participants will work in groups and learn to address current local issues which they would have identified as their projects. They will be given assignments and will be required to do presentations to share with the rest of the class on what they have researched. For more information, click http://maxis.cyberkids.com.my/ckportal/home/view/1





Apa itu Wifi?

WiFi adalah bermaksud Wireless Fidelity iaitu satu teknologi akses Internet tanpa wayar. Data diubah melalui media gelombang cahaya tertentu atau gelombang radio dengan frekuensi tertentu. Kelebihan teknologi ini adalah mengurangkan penggunaan kabel, yang memerlukan ruang untuk menghubung antara satu peranti dengan peranti yang lain.



Sunday, October 24, 2010

Penguasaan Tatabahasa dalam Bahasa Inggeris


Untuk memantapkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris, khususnya tatabahasa. Para pelajar boleh mencuba topik-topik dalam portal ini diantaranya Adjective, Noun dan Adverbs.Terdapat kuiz dan latihan tambahan untuk para pelajar menguji penguasaan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris.

klik www.roadtogrammar.com

Pembelajaran Online secara Komprehensif


Portal yang mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semua peringkat iaitu peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di samping bahan-bahan tambahan untuk Prasekolah dan Prauniversiti.